Memburu Salju Di Langit Sarajevo #

0% of 100
RM 36.80 RM40.00 -8%
Kod Produk: #9789671504932
Status: In Stock
Berat: 0.000kg | 215 Mukasurat
Stok: 17 unit
+ BELI SEKARANG
Sinopsis & Review
Tajuk: Memburu Salju Di Langit Sarajevo

ISBN: 9789671504932
Penerbit: Ziasaf Mind Ventures
Penulis: Fauziah Abdul Hamid
Tahun Terbitan: 2021
Muka Surat: 215
Halaman: Hitam Putih & Berwarna
Format: Softcover
Berat (kg): 0.312 kg
Dimensi (cm): 20 cm x 13 cm x 1 cm
 
SINOPSIS
 
Niat asal kami ke Bosnia & Herzegovina adalah untuk bermain salji dan berski. Impian mahu tinggal di vila percutian di sekitar resort yang ditimbuni salji memutih. Namun terkedu melihat kesan peperangan yang pernah berlaku pada sekitar tahun 1992-1995. Parut yang masih basah.

Setiap inci bumi yang kami lawati dipenuhi dengan kesan sejarah silam,

dirintis oleh pelbagai kuasa jajahan. Kota tua Sarajevo sarat dengan

tinggalan Kerajaan Uthmaniyah, bagaikan kota kembar Istanbul.

Ikuti kami menjejaki Stari Most, jambatan terkenal di Mostar. Menghayati keabadian golongan Darwish terhadap Sang Pencipta di Blagaj. Menelusuri kehebatan Kota Travnik, bekas ibu kota Bosnia & Herzegovina. Pemandangan desa yang memukau dalam perjalanan ke Tuzla. Jahorina, tempat berlangsungnya Sukan Olimpik Musim Sejuk pada tahun 1984 menjadi pilihan untuk bermain salji.

Menikmati pelbagai hidangan istimewa seperti kambing bakar, ikan trout dan kopi O pekat. Menghayati pemandangan indah di setiap gunung yang didaki, lembah serta sungai yang dilalui. Penduduknya amat peramah dan mesra, melayani kami dengan baik sekali.

Benarlah seperti gelaran yang pernah diberi. "Mutiara Eropah"
Komen